COVID-19 : DUA KEMATIAN BAHARU HARI INI, SATU LIBATKAN KLUSTER AKTIF

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 14 JULAI 2021 : Terdapat dua kematian baharu kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini dengan satu daripadanya melibatkan kluster aktif.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 183 kes.

YH Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Awang Ngah

“Kes ke-182 merupakan seorang perempuan berumur 54 tahun dari Taman Mentakab Indah 3, Temerloh. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga.

“Kes ke-183 merupakan seorang lelaki berumur 77 tahun dari Felda Jengka 13, Jerantut,” katanya.

Beliau berkata terdapat 13 kluster aktif mencatatkan pertambahan kes disahkan positif COVID-19 hari ini sebanyak 138 kes.

“…iaitu Kluster Industri Jerantut Feri (pertambahan 4 kes dengan jumlah keseluruhan 27 kes), Kluster Sentral Triang (pertambahan 1 kes dengan jumlah kluster 41 kes), Kluster Bypass Gebeng (pertambahan 6 kes dengan jumlah keseluruhan 200 kes).

“Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 4 kes dengan jumlah keseluruhan 522 kes), Kluster Sungai Jelai (pertambahan 11 kes dengan jumlah keseluruhan 68 kes), Kluster Kampung Kerpal (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 14 kes).

“Kluster Jalan Gebeng 1/11 (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 27 kes), Kluster Jalan Gebeng 2/3 (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 9 kes), Kluster Kampung Lada (pertambahan 12 kes dengan jumlah keseluruhan 84 kes), Kluster Jalan Tanah Putih (pertambahan 7 kes dengan jumlah keseluruhan 88 kes).

“Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 12 kes dengan jumlah keseluruhan 324 kes), Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 75 kes dengan jumlah keseluruhan 1069 kes) dan Kluster Kilometer 22 Jalan Gambang (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 36 kes),” katanya.

Sebanyak 400 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 17,183 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download