BANJIR DI RAUB PULIH SEPENUHNYA

KUANTAN, 14 JULAI 2021: Banjir yang melanda beberapa buah kampung di Daerah Raub, pulih sepenuhnya hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 83 mangsa daripada 23 keluarga ditutup secara beransur-ansur sejak pagi tadi.

Sebelum ini, PPS SK Ulu Sungai menempatkan seramai 37 mangsa daripada sembilan keluarga; PPS Ulu Atok pula menempatkan 24 mangsa daripada enam keluarga, manakala PPS Masjid Jamek Semantan Ulu menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga dan PPS Balairaya Kampung Gesing menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga.

Kejadian banjir di daerah Raub ini bermula 12 Julai lalu apabila paras air sungai naik mendadak akibat hujan lebat yang berlaku pada sebelah petang 11 Julai lalu.

Petang semalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menziarahi serta memberikan kurnia sumbangan kepada mangsa banjir. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download