Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub, semalam.

KDYMM PEMANGKU RAJA SANTUNI MANGSA BANJIR DI RAUB

Oleh: Putera Falliq Hakim Suhairi

RAUB, 14 JULAI 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub, semalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub, semalam.

Baginda meluangkan masa melawat tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah berkenaan bagi melihat dan mendengar sendiri rintihan penduduk akibat bencana itu.

PPS yang dilawati baginda adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai, PPS Masjid Kundang Patah dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Pia yang keseluruhan menempatkan sebanyak 63 keluarga.

Selain bertanya khabar, KDYMM Pemangku Raja turut mengurniakan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Mengiringi baginda semasa lawatan berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram, Ahli Dewan Negeri (ADN) Dong, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin dan Pegawai Daerah Raub, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download