COVID-19 : TIGA KEMATIAN BAHARU HARI INI, DUA LIBATKAN KLUSTER AKTIF

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 13 JULAI 2021 : Tiga kematian baharu melibatkan kes positif COVID-19 direkodkan hari ini dengan dua daripadanya berkaitan kluster aktif.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 181 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah.

“Kes ke-179 merupakan seorang lelaki berumur 46 tahun dari Felda Jengka 14, Maran. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga.

“Kes ke-180 merupakan seorang lelaki berumur 57 tahun dari Taman Bukit Goh, Kuantan.

“Manakala kes ke-181 merupakan seorang lelaki berumur 71 tahun dari Peramu Maju, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting,” katanya.

Beliau berkata terdapat 17 kluster mencatatkan pertambahan kes pada hari ini sebanyak 136 kes keseluruhannya.

“…iaitu Kluster Sentral Triang (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 40 kes), Kluster Jalan Jaya (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 59 kes), Kluster Lorong Empat (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 109 kes), Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 8 kes dengan jumlah keseluruhan 518 kes).

“Kluster Kampung Kerpal (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 12 kes), Kluster Bypass Gebeng (pertambahan 14 kes dengan jumlah keseluruhan 194 kes), Kluster Industri Benus (pertambahan 21 kes dengan jumlah keseluruhan 263 kes), Kluster Sungai Jelai Kuala Lipis (pertambahan 13 kes dengan jumlah keseluruhan 57 kes).

“Kluster Jalan Gebeng 1/11 (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 26 kes), Kluster Jalan Songsang (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 20 kes), Kluster Rantau Kesidang (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 28 kes), Kluster Industri Sebelas 2 (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 21 kes), Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 312 kes).

“Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 45 kes dengan jumlah keseluruhan 994 kes), Kluster Jalan Tanah Putih (pertambahan 10 kes dengan jumlah keseluruhan 81 kes), Kluster Kilometer 22 Jalan Gambang (pertambahan 4 kes dengan jumlah keseluruhan 34 kes) dan Kluster Tapak Bina Jalan Tengku Abdul Samad (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 18 kes),” katanya.

Sebanyak 321 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 16,783 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download