Encik Md. Yunus Hassan (kanan) ketika menerima kunjungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

TERHARU TERIMA KUNJUNGAN KDYMM PEMANGKU RAJA

Oleh: Mahathir Ali

ROMPIN, 13 JULAI 2021: Seorang pesakit jantung berlubang di Kampung Rekoh baru di Rompin terharu selepas dikunjungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Encik Md. Yunus Hassan berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa akan dikunjungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

“Saya bersyukur dan terima kasih kepada Tuanku serta YAB Menteri Besar yang sudi datang berjumpa rakyat. Memang sangat-sangat terharulah,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang hari ini.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang turut berkenan bercemar duli menyantuni lima keluarga di sekitar Kampung Rekoh baru hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Baginda juga telah mengurniakan sumbangan tunai dan beberapa barangan asas kepada keluarga-keluarga ini disamping beramah mesra bersama ahli keluarga.

Sementara itu, bagi seorang lagi penduduk yang dikunjungi baginda, Rozana Abd Samad bersyukur dan tidak menyangka baginda sanggup bercemar duli melawatnya di rumahnya di Kampung Rekoh Baru.

“Terima kasih kepada Tuanku dan Menteri Besar kerana sudi kerana datang ke rumah makcik untuk melawat. Semoga kedua-duanya panjang umurlah… Terima kasih banyak-banyak, sunggu berbesar hatilah,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download