Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB. Dato' Abd Aziz Mat Kiram semalam bersama Pegawai Daerah Raub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, YH. Dato' Mohammad Shahid Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara dan menyerahkan Kit Bantuan kepada mereka.

JUMLAH MANGSA BANJIR DI RAUB MENINGKAT, 241 ORANG DIPINDAHKAN

KUANTAN, 13 JULAI 2021: Jumlah mangsa banjir di daerah Raub pagi ini meningkat kepada 241 orang daripada 63 keluarga berbanding 207 orang daripada 54 keluarga malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Mat Kiram semalam bersama Pegawai Daerah Raub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara dan menyerahkan Kit Bantuan kepada mereka.

Berdasarkan maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sehingga jam 8 pagi ini sebanyak tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di mana jumlah mangsa yang dipindahkan di PPS Masjid Kundang Patah ialah seramai 114 mangsa daripada 30 keluarga, diikuti PPS SK Ulu Sungai dengan 37 mangsa daripada sembilan keluarga serta PPS Dewan Serbaguna Kampung Pai dengan 58 mangsa daripada 16 keluarga.

Selain itu, PPS Masjid Jamek Semantan Ulu pula menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga; PPS Balairaya Kampung Gesing menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga; PPS Balairaya Kampung Sengkela menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Chenua dengan lima mangsa daripada satu keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Mat Kiram semalam bersama Pegawai Daerah Raub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara dan menyerahkan Kit Bantuan kepada mereka.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Mat Kiram hari ini bersama-sama Ahli Dewan Negeri Dong, YB. Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin dan Pegawai Daerah Raub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dan menyerahkan Kit Bantuan kepada mereka. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download