Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB. Dato' Abd Aziz Mat Kiram hari ini bersama Pegawai Daerah Raub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, YH. Dato' Mohammad Shahid Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara dan menyerahkan Kit Bantuan kepada mereka.

207 MANGSA BANJIR DI RAUB DIPINDAHKAN

KUANTAN, 12 JULAI 2021: Seramai 207 mangsa daripada 54 keluarga di daerah Raub dipindahkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Berdasarkan maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sehingga jam 8 malam ini jumlah mangsa yang dipindahkan di PPS Masjid Kundang Patah ialah seramai 113 mangsa daripada 29 keluarga, diikuti PPS SK Ulu Sungai dengan 37 mangsa daripada sembilan keluarga serta PPS Dewan Serbaguna Kampung Pai dengan 25 mangsa daripada lapan keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Mat Kiram hari ini bersama Pegawai Daerah Raub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara dan menyerahkan Kit Bantuan kepada mereka.

Selain itu, PPS Masjid Jamek Semantan Ulu pula menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga; PPS Balairaya Kampung Gesing menempatkan enam mangsa daripada satu keluarga; PPS Balairaya Kampung Sengkela menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Chenua juga menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Talam, YB. Dato’ Abd Aziz Mat Kiram hari ini bersama-sama Ahli Dewan Negeri Dong, YB. Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin dan Pegawai Daerah Raub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, YH. Dato’ Mohammad Shahid Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dan menyerahkan Kit Bantuan kepada mereka.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download