YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak ketika melawat pengoperasian hari pertama PPV Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

KADAR PEMBERIAN SUNTIKAN VAKSIN DI PAHANG MASIH RENDAH BERBANDING KEUPAYAAN

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 12 JULAI 2021: Kadar pemberian vaksin COVID-19 di negeri ini masih rendah iaitu berada pada sekitar 11,000 dos suntikan sehari berbanding keupayaan memvaksin iaitu 20,000 suntikan sehari.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata ini bergantung kepada jumlah vaksin yang diterima oleh Kerajaan Pahang daripada Kerajaan Persekutuan.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak ketika melawat pengoperasian hari pertama PPV Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

“Buat masa ini keupayaan Pahang memvaksin sebanyak 400,000 dalam tempoh tiga bulan dan buat masa ini ia masih lagi berjalan seperti biasa. Walaubagaimanapun ia bergantung pada vaksin yang sampai.

“Vaksin sampai masih lagi rendah berbanding sasaran. Ini diluar daripada kawalan kita sebab kita operate apa yang kita terima. Dan setakat ini pada setiap hari semua vaksin dapat digunakan. Tak ada lebihan.

“…kita masih lagi beroperasi di bawah keupayaan kita. Di Pahang kita boleh memvaksin sebanyak 20,000 tapi kita masih di sekitar 10,000 ke 11,000. Kalau vaksin sampai double insyAllah kita boleh buat (kadar vaksinasi penuh),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat pengoperasian hari pertama PPV Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Zakaria Ibrahim; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuantan, Encik Mohd Yusri Mohd Nor dan Pengurus PPV Dewan Jubli Perak Sultan Haii Ahmad Shah, Dr. Rukini Hashim.

YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak.

Menurut beliau, dos tambahan sebanyak 440,000 kepada negeri Pahang yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah bermula pada hari ini secara berperingkat.

“Untuk dos tambahan vaksin, sekarang kita dah mula pick up, dan dah mula naiklah (jumlah pemberian vaksin).

“Ketibaan vaksin dari Kuala Lumpur dah meningkat banyak mulai hari ini dan antaranya PPV inilah yang menunjukkan kita mula beri suntikan yang banyak.

“Pada hari ini kita ada satu PPV mega di sini, dan minggu depan kita ada di UIA dan kita ada juga vaksinasi bergerak bagi memberi suntikan kepada orang ramai di negeri ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download