PELAJAR OKU DAN WARGA EMAS TERIMA SUMBANGAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Oleh: Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 12 JULAI 2021: Seramai 13,154 pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 2,169 warga emas berumur 80 tahun ke atas yang berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima bantuan RM250 secara one off menerusi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Pahang baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin berkata, BBP ini telah mula diberikan kepada golongan sasaran seperti warga emas dan pelajar OKU yang berdaftar dibawah JKM.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin

“Sebanyak RM3,288,500 telah diperuntukan untuk 13,154 OKU manakala sebanyak RM542,250 telah diperuntukkan kepada 2,169 warga emas yang berumur 80 tahun ke atas yang berdaftar dibawah JKM,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Jelas beliau, bantuan ini membuktikan bahawa Kerajaan Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang memahami perit jerih masyarakat yang sedikit sebanyak terkesan dengan perintah kawalan pergerakan akibat penularan wabak COVID-19.

Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat Pendemik COVID-19 ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download