Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar , Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Lanchang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada msyarakat India di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Temerloh, semalam.

PASTIKAN TIADA PERTINDIHAN NAMA UNTUK PENERIMA BAKUL MAKANAN – YB DATO’ SRI MOHD SHARKAR

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 12 JULAI 2021: Pejabat Dewan Negeri Lanchang sentiasa menyemak senarai penerima bakul makanan bagi memastikan agihan bantuan terbabit menyeluruh selain mengelakkan pertindihan nama penerima yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar , Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Lanchang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin berkata, usaha ini perlu bagi memastikan bantuan bakul makanan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dapat diagihkan secara menyeluruh dan semua pihak yang layak dapat menerimanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar , Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri Lanchang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada msyarakat India di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Temerloh, semalam.

“Mereka boleh datang dan kita akan periksa dari segi status sama ada mereka pengundi atau tidak, sama ada mereka ini bermastautin di sini atau pun tidak, sama ada mereka pernah mendapat atau tidak, semuanya kita rekodkan.

“Ini sebahagian daripada usaha kita untuk memastikan bahawa semua mereka yang memerlukan di Temerloh, sebab Temerloh mempunyai seramai 75,000 pengundi dan lebih daripada 2,000 ke 3,000 rumah jadi adalah mustahil untuk beri kepada semua cuma kita nak pastikan bahawa semuanya akan dapat dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) berhubung penyampaian bantuan bakul makanan secara pandu lalu di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Temerloh kepada masyarakat India, semalam.

Katanya, bantuan tersebut bukan sekadar memfokuskan kepada sesetengah masyarakat sahaja malah menyeluruh termasuklah kaum Melayu, Cina dan Orang Asli yang benar-benar memerlukan bakul makanan ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download