COVID-19 : TIGA KEMATIAN BAHARU DARIPADA TIGA KLUSTER AKTIF

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 11 JULAI 2021 : Tiga kematian baharu dilaporian hari ini dengan kesemuanya berkaitan dengan tiga kluster aktif di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 171 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah.

“Kes ke-169 merupakan seorang lelaki berumur 43 tahun dari Kg Sri Damai, Jalan Gambang, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Indera Mahkota 16.

“Kes ke-170 merupakan seorang lelaki berumur 53 tahun dari Kg Paya Bungor, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga.

“Manakala kes-171 merupakan seorang lelaki berumur 92 tahun dari Peramu Maju, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Kemunting,” katanya.

Beliau berkata terdapat 13 kluster aktif mencatatkan pertambahan disahkan positif COVID-19 sebanyak 111 kes hari ini.

“…iaitu Kluster Meranti Indah (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 24 kes), Kluster Kailan Tringkap (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 56 kes), Kluster Jalan Jaya (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 50 kes), Kluster Industri Benus (pertambahan 5 kes dengan jumlah keseluruhan 222 kes).

“Kluster Kampung Lada (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 72 kes), Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 9 kes dengan jumlah keseluruhan 507 kes), Kluster Sungai Jelai Kuala Lipis (pertambahan 6 kes dengan jumlah keseluruhan 34 kes), Kluster Jalan Songsang (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 19 kes).

“Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 43 kes dengan jumlah keseluruhan 900 kes), Kluster Jalan Tanah Putih (pertambahan 5 kes dengan jumlah keseluruhan 63 kes), Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 20 kes dengan jumlah keseluruhan 306 kes), Kluster Industri Bentong 11/2 (pertambahan 5 kes dengan jumlah keseluruhan 20 kes) dan Kluster Industri Bypass Gebeng (pertambahan 11 kes dengan jumlah keseluruhan 180 kes),” katanya.

Sebanyak 300 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 16,148 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download