HTAA MOHON BANTUAN KESAN WARIS PESAKIT MENINGGAL

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 09 JULAI 2021 : Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang pesakit lelaki yang meninggal dunia dua hari lepas.

Lelaki berkenaan Abdul Rahim Tahir, 62, dimaklumkan beralamat di No. 1, Jalan Bukit Ubi, 25000 Kuantan, Pahang sebagai alamat terakhirnya, namun semakan pihak HTAA mendapati alamat yang diberikan tidak benar kerana ia merupakan premis perniagaan.

Pihak HTAA juga telah berusaha mendapatkan maklumat pesakit dengan bantuan Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara namun tidak menemui apa-apa maklumat berkaitan lelaki ini.

Sehubungan itu, pihak HTAA meminta ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali allahyarham pesakit bolehlah segera menghubungi Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan di talian 09- 5572222 sambungan 2285/2543 untuk urusan selanjutnya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download