Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 09 JULAI 2021 : Satu kluster baharu dilaporkan hari ini di Kuala Lipis dengan 16 individu disahkan positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata kluster tersebut ialah Kluster Sungai Jelai Kuala Lipis.

“Kluster ini mula dilaporkan pada 5 Julai 2021 di daerah Lipis. Nama kluster merujuk kepada tempat berlakunya penularan kluster ini. Kes indeks merupakan seorang warganegara asing.
“Kes indeks ditangkap pada 26 Jun 2021 dan dirujuk ke Hospital Lipis untuk rawatan mental. Pengesanan saringan kontak rapat telah dijalankan dan seramai 153 individu telah disaring dalam kluster ini yang mana 16 orang didapati positif COVID-19,” katanya.
Beliau berkata terdapat 11 kluster aktif mencatatkan pertambahan kes sebanyak 135 kes hari ini.
“…iaitu Kluster Jalan Gebeng 1/11 (pertambahan 4 kes dengan jumlah keseluruhan 19 kes, Kluster Kailan Tringkap (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 50 kes, Kluster DTI Kemayan (pertambahan 22 kes dengan jumlah keseluruhan 202 kes).
“Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 497 kes), Kluster Industri Benus (pertambahan 15 kes dengan jumlah keseluruhan 217 kes), Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 30 kes dengan jumlah keseluruhan 826 kes), Kluster Jalan Tanah Putih (pertambahan 18 kes dengan jumlah keseluruhan 43 kes).
“Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 24 kes dengan jumlah keseluruhan 295 kes), Kluster KM 22 Jalan Gambang (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 23 kes), Kluster Industri Bentong Sebelas Dua (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 14 kes) dan Kluster Industri Bypass Gebeng (pertambahan 17 kes dengan jumlah keseluruhan 169 kes),” katanya.
Sebanyak 214 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 15,601 kes. -PAHANGMEDIA