COVID-19 : TIGA KEMATIAN BAHARU, DUA BERKAITAN KLUSTER HARI INI

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 08 JULAI 2021 : Tiga kematian baharu dilaporkan hari ini dengan dua daripadanya berkaitan dengan kluster aktif.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 156 kes.

“Kes ke-154 merupakan seorang lelaki berumur 65 tahun dari Felda Kechau 1, Kuala Lipis. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Lorong 4 Jerantut.

“Kes ke-155 merupakan seorang perempuan berumur 64 tahun dari Kg Belukar, Jalan Gambang, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Indera Mahkota 14.

“Manakala kes ke-156 merupakan seorang lelaki berumur 60 tahun dari Kg Baru Kabut, Pekan Awah, Temerloh,” katanya.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Che Awang Ngah

Beliau berkata sebanyak 2,143 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan hospital dan enam Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini manakala 187 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC.

“Berdasarkan jumlah ini, terdapat 28 kes COVID-19 positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 19 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan Sembilan (9) kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 18 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.

Menurut beliau berdasarkan jumlah kes baharu yang didaftarkan pada hari ini, sebanyak 130 kes merupakan warganegara Malaysia manakala 22 kes merupakan warganegara asing.

“Sebanyak 148 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan dan empat (4) kes import (1 dari Selangor,3 dari Kuala Lumpur).

“Terdapat 77 kes diperolehi daripada saringan kluster, 68 saringan kontak rapat, empat (4) saringan bergejala, satu (1) saringan bersasar, satu (1) saringan pra-prosedur dan satu (1) saringan kematian,” katanya.

Menurut beliau lagi, sembilan daerah direkodkan mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19 hari ini.

“Kes tertinggi dicatatkan di daerah Kuantan (67 kes), diikuti Pekan (22 kes), Bentong (21 kes), Jerantut (15 kes), Temerloh (9 kes), Rompin (8 kes), Bera (5 kes), Lipis (4 kes) dan Maran (1 kes),” katanya.

Beliau berkata sebanyak 152 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 15,387 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download