Oleh : Ain Nadhirah Basha
KUANTAN, 06 JULAI 2021 : Terdapat empat kes kematian baharu dilaporkan di negeri ini hari ini dengan tiga daripadanya berkaitan kluster aktif.
Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 152 kes.

“Kes ke-149 merupakan seorang lelaki berumur 73 tahun dari Kampung Menteri Triang, Bera. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga.
“Kes ke-150 merupakan seorang perempuan berumur 88 tahun dari Felda Sg. Nerek, Maran.
“Kes ke-151 merupakan seorang lelaki berumur 31 tahun dari Taman Damai, Mengkuang, Triang, Bera. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Sentral Triang.
“Manakala kes ke-152 merupakan seorang perempuan berumur 41 tahun dari Perumahan Makmur, Penor Utara Jaya, Kuantan. Kes mempunyai kaitan dengan Kluster Indera Mahkota 16,” katanya.
Beliau berkata terdapat 12 kluster aktif di negeri ini mencatatkan pertambahan kes hari ini sebanyak 126 kes.
“…iaitu Kluster Meranti Indah,Bera (pertambahan 1 kes dengan jumlah keseluruhan 22 kes), Kluster DTI Kemayan (pertambahan 4 kes dengan jumlah keseluruhan 180 kes), Kluster Jalan Jaya (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 37 kes), Kluster Sentral Triang (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 29 kes).
“Kluster Kampung Lada (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 66 kes), Kluster Lorong Empat Jerantut (pertambahan 2 kes dengan jumlah keseluruhan 99 kes), Kluster Rantau Kenanga (pertambahan 6 kes dengan jumlah keseluruhan 470 kes), Kluster Industri Benus (pertambahan 16 kes dengan jumlah keseluruhan 157 kes).
“Kluster Indera Mahkota 16 (pertambahan 7 kes dengan jumlah keseluruhan 254 kes), Kluster Industri Bentong Sebelas Dua (pertambahan 3 kes dengan jumlah keseluruhan 12 kes), Kluster Pasar Kemunting (pertambahan 36 kes dengan jumlah keseluruhan 704 kes) dan Kluster Industri Bypass-Gebeng (pertambahan 44 kes dengan jumlah keseluruhan 137 kes),” katanya.
Menurut beliau, sebanyak 2,083 kes positif COVID-19 sedang dirawat di lapan hospital dan empat Pusat Kuarantin & Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini, manakala 206 kes berada dalam pengawasan di rumah oleh pasukan CAC.
“Berdasarkan jumlah ini, terdapat 25 kes COVID-19 positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 15 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan 10 kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 19 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya.
Sebanyak 180 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 14,977 kes. -PAHANGMEDIA