COVID-19 : LAPAN DAERAH BERADA DALAM ZON MERAH, SATU JINGGA, DUA KUNING HARI INI

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 05 JULAI 2021 : Sebanyak lapan daerah di Pahang berada dalam zon merah, satu di zon jingga, dan dua di dalam zon kuning.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Che Haji Awang Ngah dalam satu kenyataan media berkata tiada daerah direkodkan berada dalam zon hijau.

“Sebanyak lapan daerah berada dalam zon merah iaitu daerah Bentong, Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran dan Temerloh.

“Manakala daerah Pekan berada di zon oren. Hanya daerah Raub dan Rompin berada dalam zon kuning. Tiada daerah berada dalam zon hijau,” katanya.

Beliau berkata sebanyak sepuluh daerah mencatatkan pertambahan kes positif COVID-19 di negeri ini hari ini.

“Kes tertinggi dicatatkan di daerah Kuantan (245 kes), diikuti Jerantut (26 kes), Bentong (12 kes), Pekan (7 kes), Lipis (7 kes), Bera (5 kes), Maran (4 kes), Cameron Highlands (4 kes) dan masing-masing satu (1) kes di Rompin dan Temerloh. Hanya daerah Raub tidak mencatatkan pertambahan kes,” katanya.

Sebanyak 312 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang telah mencecah ke angka 14,797 kes. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download