Saringan COVID-19 yang sebelum ini dibuat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah akan bertukar lokasi ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) di Kuantan.

SARINGAN COVID-19 DI TSK BERMULA HARI INI

Oleh: Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 5 JULAI 2021: Bermula hari ini, saringan COVID-19 yang sebelum ini dibuat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah akan bertukar lokasi ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini.

Keputusan tersebut di buat kerana Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah akan dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 12 Julai nanti dan kerja-kerja persiapan tempat bermula pada hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan, Encik Mohd Rahim Sulong berkata, keputusan memindahkan pusat saringan COVID-19 ke TSK dilihat memudahkan petugas kesihatan menjalankan ujian saringan kerana perlaksanaan mengunakan kaedah pandu lalu.

“Pelaksanaan saringan pandu lalu tersebut dapat mengelakkan berlakunya kesesakan dan menjimatkan masa petugas kesihatan membuat ujian saringan,” katanya ketika dihubungi oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau berkata, TSK dijadikan sebagai pusat saringan COVID-19 hanyalah bersifat sementara kerana apabila kes didapati menurun, saringan akan beroperasi di klinik kesihatan seperti biasa.

Pusat saringan di TSK yang beroperasi bermula hari ini melibatkan petugas kesihatan seramai 40 orang. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download