Sukarelawan MSTP membantu mendaftar vaksin penduduk.

MTSP BANTU 100,000 PENDUDUK DAFTAR TERIMA VAKSIN

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 3 JULAI 2021: Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) berjaya membantu mendaftarkan lebih 100,000 penduduk di seluruh Pahang sebagai penerima vaksin COVID-19.

Naib Pengerusi 1 MTSP, Encik Mohd Farid Mohd Nor.

Naib Pengerusi 1 MTSP, Encik Mohd Farid Mohd Nor berkata, kesemua usaha komited itu dilaksanakan secara berterusan dan digerakkan oleh lebih 500 belia di seluruh negeri.

Katanya, usaha itu dibuat bagi memastikan setiap rakyat negeri ini terutama di kawasan perkampungan dan luar bandar dapat mendaftar sebagai penerima vaksin.

“Di sinilah fungsi kami dengan menggerakkan belia serata Pahang untuk masuk ke kampung-kampung pedalaman untuk membantu mendaftarkan penduduk,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Encik Mohd Farid berkata, kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar menghadapi kesukaran untuk mengakses rangkaian Internet dan kemudahan gajet sehingga tidak dapat mendaftar sebagai penerima vaksin secara atas talian.

Selain membantu mendaftarkan penerima vaksin COVID-19, MTSP juga bertindak sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mempermudahkan urusan di pusat berkenaan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download