YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Penyerahan Bantuan Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Pahang untuk Imam, Bilal, Siak Rawatib, Guru KAFA, Guru Tahfiz, Guru Madrasah dan Pondok Berdaftar dan Penyerahan 13 Buah Van Untuk 13 Buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Darul Makmur di Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, di Kuantan hari ini.

PETUGAS MASJID, GURU AGAMA DAN SMAN PAHANG TERIMA PERUNTUKAN KHAS YAB MENTERI BESAR

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

KUANTAN, 02 JULAI 2021: Kerajaan Pahang memberikan bantuan peruntukan khas YAB Menteri Besar Pahang kira-kira RM1.6 juta hari ini kepada pihak petugas masjid, guru agama dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan ini diberikan kepada imam, bilal, siak rawatib, guru KAFA, guru tahfiz, guru madrasah dan pondok berdaftar serta pengurusan SMAN Pahang.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Penyerahan Bantuan Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Pahang untuk Imam, Bilal, Siak Rawatib, Guru KAFA, Guru Tahfiz, Guru Madrasah dan Pondok Berdaftar dan Penyerahan 13 Buah Van Untuk 13 Buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Darul Makmur di Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, di Kuantan hari ini.

“Hari ini kita memberikan 13 buah van kepada pihak Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang yang berjumlah lebih kurang RM1.4 juta.

“Ini adalah sebagai tanda ingatan Kerajaan Negeri dan untuk memudahkan sekolah-sekolah menjalankan aktiviti harian dan dengan van ini banyak perkara yang boleh dibuat, untuk bawa anak-anak kita ke sana ke sini ataupun untuk mengambil barang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Pahang untuk Imam, Bilal, Siak Rawatib, Guru KAFA, Guru Tahfiz, Guru Madrasah dan Pondok Berdaftar dan Penyerahan 13 Buah Van Untuk 13 Buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Darul Makmur di Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, di sini, hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Penyerahan Bantuan Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Pahang untuk Imam, Bilal, Siak Rawatib, Guru KAFA, Guru Tahfiz, Guru Madrasah dan Pondok Berdaftar dan Penyerahan 13 Buah Van Untuk 13 Buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang Darul Makmur di Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, di Kuantan hari ini.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak; YB. Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Dato’ Indera Nazri Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifli Haji Ali Al-Hafiz.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang juga memberikan bantuan kepada lebih kurang 1,000 guru agama di negeri ini melibatkan jumlah kira-kira RM200,000.

“Dan kita memberi bantuan kepada guru-guru agama seramai 1000 orang lebih, sebanyak RM200 seorang. Ini sebagai tanda ingatan Kerajaan Negeri kerana kita tahu sekarang COVID-19 dan pendapatan mereka merosot dan bantuan ini diharap meringankan beban mereka.

“Ini adalah ingatan tulus ikhlas Kerajaan Negeri dan kita bukan beri kepada mereka sahaja tapi juga kepada mereka yang terkesan dan bantuan kita lebih kepada yang bersasar.

“Bantuan untuk van RM1.4 juta, untuk bantuan lain lebih kurang RM200,000. Lebih kurang RM1.6 juta untuk hari ini,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Pahang juga akan memberikan bantuan sebegini secara berterusan bagi membantu pihak yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini.

“Bantuan ini kita akan bagi secara berterusan. Kalau kita tengok ‘track record’ Kerajaan Negeri masa mula-mula kita kena COVID-19 pada Mac tahun lepas, kita telah menghulurkan bantuan berfasa-fasa dan tidak henti-henti.

“Sekiranya ada lagi (pandemik COVID-19), itu memang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memberi bantuan kepada mereka yang sepatutnya menerima bantuan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download