YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan bersasar kepada pemandu teksi berdaftar di Kuantan di Terminal Sentral Kuantan, awal bulan ini.

11,460 PENIAGA, PEMANDU TEKSI TERIMA BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Oleh : Fairus Mohd

KUANTAN, 30 JUN 2021: Seramai 11,460 orang peniaga, penjaja serta pemandu teksi di negeri ini telah menerima Bantuan Prihatin Pahang (BBP) COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim berkata, usaha meringankan beban golongan berkenaan terutamanya ketika pandemik ini terus dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda

“Seramai 10,630 orang peniaga serta penjaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Pahang telah menerima bantuan bungkusan makanan bernilai RM50 dan wang tunai sebanyak RM50.

“Bagi 830 orang pemandu teksi yang berdaftar pula mendapat bantuan wang tunai RM100 seorang,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.

Menurutnya, bantuan kepada peniaga dan penjaja melibatkan peruntukan sebanyak RM1.06 juta serta pemandu teksi sebanyak RM83,000 di mana jumlah keseluruhan ialah RM1.14 juta.

“Kerajaan Negeri sentiasa mendengar keluh kesah rakyat dalam menghadapi cabaran masa kini.

“Usaha kita ialah memberi perhatian kepada setiap golongan yang memerlukan di negeri ini bagi memastikan kesukaran hidup yang dilalui dapat diringankan dengan sumbangan yang diberikan,” katanya.

Kerajaan Pahang telah menyampaikan sumbangan menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 secara bersasar Fasa 1 dan Fasa 2 bernilai RM17.1 juta. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download