Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PahangGo Sdn Bhd Bil 2/2021 secara dalam talian semalam.

APLIKASI PAHANGGO REKOD 180,000 PENGGUNA

Oleh: Mahathir Ali

PEKAN, 30 JUN 2021: Aplikasi PahangGo yang dibangunkan oleh Kerajaan Pahang demi memudahkan urusan rakyat di negeri ini semakin mendapat sambutan apabila setakat ini mencecah hampir 180,000 pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, peningkatan ini juga berkait pandemik COVID-19 di mana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, urusan secara online menjadi pilihan rakyat kerana lebih selamat dan mudah.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PahangGo Sdn Bhd Bil 2/2021 secara dalam talian semalam.

“Saya juga menekankan kepentingan PahangGo untuk terus bekerja keras serta meningkatkan keupayaan termasuk mencari peluang baru dan membina lebih banyak produk digital yang dapat memudahkan urusan rakyat.

“Usaha ini akan dapat mentransformasikan lagi ekonomi digital Negeri Pahang dengan rancak sekaligus akan menambah pendapatan Kerajaan Pahang,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PahangGo Sdn Bhd Bil 2/2021 secara dalam talian semalam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa memberi perhatian, membantu dan menyokong segala usaha PahangGo untuk memudahkan urusan rakyat dan memajukan ekonomi digital Pahang.

“Alhamdulillah berkat usaha dan kerja keras semua Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan, pengguna PahangGo kini mencecah hampir 180,000. Ini membuktikan aplikasi yang dibangunkan Kerajaan Pahang demi memudahkan urusan rakyat ini semakin penting dan mendapat sambutan.

“Tahniah diucapkan kepada Ahli Lembaga Pengarah PahangGo iaitu YB. Dato’ Abd Rahim Muda; YH Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim dan Encik Kamarul Ariffin Ahmad @ Abd Rahman serta Encik Affandi Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif PahangGo serta semua pengurusan dan kakitangan diatas kejayaan ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download