YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika meninjau proses vaksinasi COVID-19 di Pulau Tioman hari ini.

CADANG BUKA PULAU TIOMAN SELEPAS CAPAI 80 PERATUS KADAR VAKSINASI

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

TIOMAN, 29 JUN 2021 : Kerajaan Pahang bercadang untuk membuka Pulau Tioman bagi kedatangan pelancong domestik setelah penerimaan vaksin penduduknya mencapai kadar 80 peratus.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan ini bagaimana pun akan di bawa ke pihak Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Penduduk ada menyuarakan untuk meminta kalau sudah mencapai 80 peratus untuk buka semula (pulau) kepada pelancong-pelancong (untuk masuk) kalau tidak pun kepada pelancong tempatan.

“Saya harap perkara ini dapat didengari oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan insyaAllah dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat saya akan kemukakan lagi sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di PPV Marina, Kampung Tekek, dan PPV Kampung Genting, di sini, hari ini.

Pulau Tioman

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Ahli Parlimen Rompin, YB. Dato’ Sri Hassan Ariffin dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tioman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan, dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain.

Beliau berkata, syarat kemasukan para pelancong akan ditentukan kemudian oleh pihak MKN dan Kerajaan Pahang sekiranya cadangan ini diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Syarat sekurang-kurangnya mereka kena ambil swab test, mereka telah divaksinkan, dia tak boleh free for all sahaja. Sebab kita yang dah divaksin ini masih dianggap sebagai pembawa. Itu syarat dia yang perlu dipatuhi.

“Saya percaya MKN, Kerajaan akan tentukan sama ada kemasukan pelancong sama ada melalui walk in atau pakej akan dibincang semula. Yang penting nak minta untuk dapat kebenaran dulu. SOP itu kita akan tentukan kemudian,” katanya.

Menurut beliau, Pulau Tioman merupakan pulau pertama di Semenanjung Malaysia yang memberikan vaksin secara menyeluruh kepada penduduknya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds