Tiga buah kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

TIGA KILANG DIKOMPAUN LANGGAR SOP PKPD

Oleh: Shazli Sufi Che Unik
Foto: Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 17 JUN 2021: Tiga buah kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Antara pelanggaran SOP yang dikenalpasti ialah gagal melekatkan gambar dilesen yang disediakan, melanggar syarat lesen PKP, menjalankan aktiviti kantin didalam kilang tanpa lesen daripada majlis dan tidak memakai pelitup muka serta gagal mempamerkan aplikasi MySejahtera.

Kompaun berkenaan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam satu operasi yang dilaksanakan hari ini.

Difahamkan dalam pemantauan yang dilaksanakan mendapati kadar pematuhan kilang adalah ditahap yang memuaskan tetapi masih terdapat beberapa kilang yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah MITI Wilayah Pahang, Encik Lee Ming Tat berkata, terdapat juga kilang yang diberikan amaran awal kerana melakukan kesalahan kecil kali pertama.

Pengarah MITI Wilayah Pahang, Encik Lee Ming Tat.

“Tetapi Pemantauan berkala akan dibuat dari masa ke semasa agar SOP PKPD yang ditetapkan dipatuhi. Pihak berkuasa juga tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana kilang yang didapati melanggar SOP ditetapkan.

“Kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan melibatkan pelanggaran waktu bekerja yang ditetapkan sepanjang selain pelanggaran tempoh jam waktu bekerja yang melebihi 12 jam,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang hari ini.

Operasi pada hari ini diketuai oleh Unit Antarabangsa Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) SUK.

Selain itu antara agensi lain yang terlibat adalah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UE), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK Pahang), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Tenaga Kerja Pahang (JTK), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Wilayah Pahang (MITI), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pahang (JKKP), Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan (PKD), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Lembaga Pembangunan Malaysia (MIDA) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia(PAHANG). – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download