Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan.

KENDERAAN HASIL PERTANIAN DIBENARKAN LALU DUA SJR DI CAMERON HIGHLANDS

KUANTAN, 17 JUN 2021: Kenderaan pengangkutan barangan yang mempunyai kebenaran beroperasi terutama yang mengangkut hasil pertanian dari luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan melalui dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) di Cameron Highlands.

Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, kebenaran hanya diberikan kepada kenderaan pengangkutan yang mempunyai kebenaran beroperasi daripada Kementerian Pengangkutan terutama yang mengangkut hasil pertanian dari kawasan Lojing, Kelantan ke Simpang Pulai, Perak.

“Ini adalah hasil intipati keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu yang membenarkan semua kenderaan pengangkutan barangan dari kawasan luar PKPD yang mempunyai kebenaran operasi daripada Kementerian Pengangkutan malaysia dibenarkan melalui di dua SJR berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini kenderaan dari luar kawasan PKPD tidak dibenarkan menggunakan laluan tersebut berdasarkan arahan dan prosedur operasi standard (SOP) PKPD Kampung Raja yang dikeluarkan MKN berkuat kuasa pada 14 hingga 27 Jun ini.

Katanya lagi, pihak polis juga telah menjalankan penugasan berdasarkan SOP ditetapkan antaranya, semua aktiviti pertanian dan rantaiannya tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPD.

“SOP itu juga melibatkan larangan pergerakan kenderaan berat, kenderaan pertanian dan pergerakan keluar penduduk serta pergerakan masuk orang luar ke kawasan PKPD,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai diminta agar terus mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan SOP PKPD bagi kawasan terlibat dan tindakan kompaun akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP ditetapkan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download