MBNP GESA KERAJAAN PUSAT CEPATKAN PEMBERIAN VAKSIN COVID-19

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 16 JUN 2021 : Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menggesa Kerajaan Pusat mempercepatkan proses pemberian vaksin COVID-19 kepada rakyat negeri ini bagi memastikan kes baharu jangkitan dapat dikawal sebaiknya.

Timbalan Presidennya, Nor Aliff Haji Yaakob dalam satu kenyataan media berkata, ini berikutan negeri ini masih merekodkan kes jangkitan pandemik COVID-19 walaupun menunjukan penurunan kebelakangan ini daripada tiga angka kepada dua angka.

“MBNP juga turut menyokong gesaan daripada Kerajaan Pahang yang berharap Kerajaan Pusat dapat menyegerakan program vaksinasi ini kepada penduduk Pahang.

“Sehingga 12 Jun 2021, hanya 11.7% rakyat Negeri Pahang (dari sasaran 1,231,800 juta) telah menerima suntikan vaksin, bermula dari Fasa 1 yang bermula pada Mac 2021.

“Sehingga kini, purata penerima vaksin harian di Negeri Pahang hanya sekadar 963 orang pada setiap hari. Jauh dari sasaran berpunca dari kekurangan bekalan vaksin,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin proses vaksinasi dapat mencapai lebih 80 peratus sekiranya Kerajaan Pusat menambah pemberian vaksin di negeri ini.

“Sekiranya Kerajaan Pusat dapat menguruskan dan meningkatkan proses pemberian vaksin dengan lebih bersepadu, MBNP yakin proses ini dapat mencapai lebih dari 80% secara keseluruhan daripada mereka yang sudah menerima suntikan tersebut dan masalah untuk menangani penularan wabak ini dapat ditangani dengan segera.

“Kita perlu mencapai status Herd Immunity dengan kadar segera kerana ramai golongan ini terjejas sumber pendapatan dan berisiko kehilangan pekerjaan kesan daripada wabak yang melanda ketika ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download