Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menderma darah sempena Hari Derma Darah Sedunia.

KDYMM PEMANGKU RAJA BERKENAN MENDERMA DARAH

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 14 JUN 2021: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menderma darah sempena Hari Derma Darah Sedunia.

Baginda yang menderma darah di Istana Abdul Aziz hari ini mempunyai kumpulan darah jenis AB turut ditemani oleh Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Encik Mohd Izzat Afifi Abd Hamid.

Kebawah Duli Tuanku turut berkongsi momen bersejarah itu di laman Instagram baginda agar seluruh rakyat mengambil peluang ini bagi menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara melalui derma darah.

Hari Derma Darah Sedunia diraikan pada 14 Jun setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan bekalan darah yang selamat, kepentingan menderma darah demi menyelamatkan nyawa serta tanda terima kasih kepada para sukarelawan dan penderma darah.

Orang ramai di negeri ini juga diminta untuk mendermakan darah bagi menampung bekalan darah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang berkurang sehingga 50 peratus sejak pandemik COVID-19 bermula dan ia memberi kesan kepada sistem kesihatan. – PAHANG MEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download