Gambar hiasan

98 KOMPAUN DIKELUARKAN SEPANJANG PKPD DAERAH KUANTAN

Oleh : Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 3 JUN 2021: Polis telah mengeluarkan 98 kompaun kepada individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sepanjang PKPD Kuantan dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, daripada jumlah itu, 60 daripadanya dikompaun atas kesalahan keluar tanpa sebab yang dibenarkan sepanjang PKPD.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali

“Kebanyakan yang dikompaun adalah mereka yang terlibat dengan kegiatan merempit yang keluar tanpa ada tujuan yang dibenarkan sepanjang PKPD jelas,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Menurut beliau lagi, sejak perlaksanaan PKPD, kadar jenayah adalah terkawal dan menunjukan penurunan sekitar 20 peratus namun masih juga terdapat laporan kes curi dan pecah rumah.

“Kadar kepatuhan orang awam terhadap SOP PKPD adalah memuaskan dan diharapkan dapat terus dipertingkatkan kerana masih terdapat kes jangkitan COVID-19 dilaporkan.

“Ibu bapa dan penjaga juga diminta lebih bertanggungjawab serta terus memantau aktiviti anak anak terutamanya agar tidak terlibat dengan kegiatan tidak baik seperti merempit atau keluar rumah tanpa tujuan yang dibenarkan sepanjang PKPD.

“Orang awam boleh terus memberikan kerjasama kepada pihak polis sekiranya melihat terdapat pelanggaran SOP PKPD dengan melaporkan kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berharap agar semua masyarakat mengambil langkah yang serius dalam mematuhi SOP yang ditetapkan agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download