Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, YH. Dato' Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid (dua dari kiri) dan Naib Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Tuan Haji Mohd Khairul Hisham Omar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada sarung tangan getah kepada wakil Klinik Kesihatan Bandar Kuantan.

UMNO INDERA MAHKOTA SUMBANG 40,000 SARUNG TANGAN GETAH

KUANTAN, 2 JUN 2021: Sebanyak 40,000 helai sarung tangan getah disumbangkan oleh UMNO Bahagian Indera Mahkota kepada dua buah klinik kesihatan di sini untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Sumbangan kepada Klinik Kesihatan Bandar Indera Mahkota dan Klinik Kesihatan Bandar Kuantan itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, YH. Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Naib Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Tuan Haji Mohd Khairul Hisham Omar.

Menurut Tuan Haji Mohd Khairul Hisham, setiap klinik kesihatan berkenaan menerima sebanyak 20,000 helai sarung tangan getah sumbangan UMNO Bahagian Indera Mahkota.

Naib Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Tuan Haji Mohd Khairul Hisham Omar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada sarung tangan getah kepada wakil Klinik Kesihatan Bandar Indera Mahkota.

“Kedua-dua klinik berkenaan terletak di dalam Dewan Negeri Semambu dan Parlimen Indera Mahkota. Tujuan pemberian ini adalah untuk memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam menghadapi pandemik COVID-19.

“Apabila UMNO Bahagian Indera Mahkota mendapat maklum mengenai kekurangan sarung tangan getah ini, justeru kita kita mengambil inisiatif untuk membantu klinik ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO Bahagian Indera Mahkota berterima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memberi kebenaran, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuantan yang memberi permit dan pihak polis yang turut membantu. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download