BENTONG, 2 JUN 2021: Seramai 18 individu dikompuan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada hari pertama sekatan pergerakan penuh (total lockdown) di Daerah Bentong semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua individu berkenaan dikompuan oleh Pasukan Task Force yang melakukan penugasan pemantauan SOP di sekitar Bandar Bentong, Lurah Bilut dan Karak.
“Hasil pemantauan, 18 dikompaun dikenakan dengan pelbagai kesalahan melanggar SOP ditetapkan.
“Kesemua yang dikompaun terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, berusia antara 20 hingga 46 tahun, dan sekiranya disabitkan kesalahan akan dikenakan sebanyak RM1,500 sehingga RM5,000 bagi setiap kompaun.
“Kompaun kepada mereka di bawah Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (No 2) 2021,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas individu dan premis yang gagal serta tidak endah dengan SOP yang sudah ditetapkan oleh Majlis keselamatan Negara (MKN).
Superitenden Zaiham juga menyeru orang ramai di Bentong berganding bahu bersama mematuhi SOP agar wabak maut itu dapat diputuskan dalam tempoh PKP 3.0. – PAHANGMEDIA