YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan bersasar kepada pemandu teksi berdaftar di Kuantan di Terminal Sentral Kuantan, bulan lepas.

PEMANDU TEKSI DI KUANTAN TERIMA SUMBANGAN KERAJAAN PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 01 JUN 2021 : Kerajaan Pahang menyampaikan sumbangan bersasar sebanyak RM36,600 kepada pemandu teksi berdaftar di daerah ini yang disampaikan sendiri oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata sumbangan itu diberikan sebagai bantuan kepada golongan ini semasa penularan wabak COVID-19.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan bersasar kepada pemandu teksi berdaftar di Kuantan di Terminal Sentral Kuantan, hari ini.

“Hari ini kita telah menyampaikan bantuan wang tunai dan pek makanan kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan Persatuan Teksi Daerah Kuantan.

“Setakat ini 231 pemandu telah hadir untuk menerima bantuan yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang,” katanya.

Seorang pemandu teksi menunjukkan sampul bantuan bersasar yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Terminal Sentral Kuantan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 secara bersasar untuk pemandu teksi di Terminal Sentral Kuantan (TSK) hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda; Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah; dan Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri.

Seorang pemandu teksi menunjukkan sampul bantuan bersasar yang disampaikan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Terminal Sentral Kuantan, hari ini.

Sementara itu, pemandu teksi, Encik Rosli Mamat, 64, berterima kasih kepada Kerajaan Pahang dengan bantuan yang diberikan ini.

“Terima kasih dengan bantuan ini kerana ia dapat membantu serba sedikit memandangkan sekarang nak dapatkan pelanggan susah.

“Saya dah bawa teksi 21 tahun dah, dan ini kali kedua saya terima bantuan bagi musim COVID-19 ini,” katanya.

Pada 24 Mei lalu YAB. Menteri Besar Pahang mengumumkan Kerajaan Pahang memperuntukkan RM7.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 secara bersasar kepada rakyat di negeri ini yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds