Kerajaan Pahang melalui Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyantuni kira-kira 250 golongan rentan dan gelandangan di Jalan Wong Ah Jang dan Pasar Besar di Kuantan.

KERAJAAN PAHANG, MBK SANTUNI 250 GELANDANGAN DI PAHANG

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 31 MEI 2021 : Kerajaan Pahang bersama dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyantuni kira-kira 250 golongan rentan dan gelandangan di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, Kerajaan Pahang menyediakan makan tengahari dan makan malam selama sebulan kepada golongan ini.

“Kita sediakan makanan tengahari dan makan malam bagi tempoh sebulan, manakala pihak MBK pula menyediakan sarapan kepada golongan rentan dan gelandangan ini selama dua hari sebagai tanda menyantuni golongan ini dan sebagai tanda Kerajaan Pahang tidak sesekali meminggirkan mereka.

“Kita bekerjasama dengan Pertubuhan Dapur Infaq dalam pengagihan pada Jumaat dan Sabtu lepas di sekitar Jalan Wong Ah Jang dan Pasar Besar di sini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuantan, YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, pihaknya juga akan menjalankan usaha ini secara berterusan.

“Usaha ini juga akan dibuat secara berterusan di mana program ini telah digerakkan oleh YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti kepada golongan gelandangan dan mereka yang ada di sini.

“Saya juga diarahkan oleh YAB Menteri Besar untuk mengadakan program di kawasan ini bukan sahaja untuk sehari dua tetapi secara berterusan sehingga kawasan ini menjadi kawasan putih nanti,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds