Pasar raya TMG menyalurkan sumbangan kepada Dapur Infaq Ummah hari ini.

PASAR RAYA TMG SUMBANG BARANG MAKANAN KEPADA DAPUR INFAQ UMMAH

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 31 MEI 2021: Menyedari kepentingan tanggungjawab sosial, pihak pasar raya Tunas Manja Group (TMG) mengambil inisiatif menyalurkan bantuan barangan makanan kepada Dapur Infaq Ummah hari ini.

Bantuan makanan berkenaan akan diagihan oleh Dapur Infaq Ummah kepada golongan rentan dan gelandangan di sekitar Jalan Wong Ah Jang di sini.

Antara barangan yang disalurkan kepada Dapur Infaq Ummah hari ini.

Menurut Pengurus Besar Rangkaian Tunas Manja, Tuan Haji Muhammad Haidir Ravi Abdullah, antara sumbangan yang disalurkan ini adalah seperti 4,800 botol air mineral, 1,000 bungkusan makanan ringan, 1,000 air kotak, 125 kilogram daging dan beberapa lagi barangan makanan yang lain.

“Kita mengambil tanggungjawab komuniti ini untuk membantu rakyat yang selama ini banyak memberi sokongan kepada rangkaian pasar raya TMG di seluruh negeri ini,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

Beliau berkata, sumbangan kepada Dapur Infaq Ummah ini adalah pertama kali dilaksanakan oleh pihaknya namun sebelum ini pihaknya juga pernah memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan di seluruh negeri ini.

“Diharap dengan sumbangan ini dapat membantu Dapur Infaq Ummah dalam menyediakan makanan kepada golongan rentan dan gelandangan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds