USAHA GIAT DIJALANKAN TINGKAT KUALITI LIPUTAN JALUR LEBAR

KUANTAN, 31 MEI 2021: Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang mengambil maklum tentang isu kualiti liputan jalur lebar yang dihadapi oleh para pengguna khususnya di kawasan penempatan luar bandar.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Tuan Haji Mohd Faisal Md Nor berkata, untuk makluman, usaha sedang giat dijalankan bagi menangani isu ini yang telah diambilkira untuk tujuan penambahbaikan di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Katnya lagi ini, antaranya ialah menaiktaraf sebanyak 12 stesen pemancar sedia ada di FELDA Lepar Hilir 1 hingga FELDA Lepar Hilir 6 ke rangkaian 4G bermula seawal bulan Julai ini.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang, Tuan Haji Mohd Faisal Md Nor

“Beberapa stesen pemancar sedia ada di sepanjang laluan dari pekan Gambang hingga ke Sri Jaya akan turut dinaiktaraf kepada 4G iaitu di Kolej Matrikulasi, Bukit Gambang Resort, Agro Sungai Semuji, Paya Bungor, Kampung Gelugor, Kampung Paya Rambutan, Kampung Batu 37 dan Simpang Kampung Belimbing.

“Projek penambaikan oleh pihak Telco iaitu Celcom, Digi, Maxis dan Umobile itu akan bermula Julai ini dan dijangka siap secara beransur bermula pada suku ketiga 2021 hingga suku pertama 2022 bergantung kepada ketersediaan infrastruktur sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aduan orang awam mengenai masalah gangguan capaian internet di kawasan sepanjang Jalan Gambang sehingga ke FELDA Lepar Hilir.

Katanya lagi, perkhidmatan jalur lebar tetap oleh Telekom Malaysia (TM) juga akan dinaiktaraf dari Streamyx kepada Unifi yang meliputi lokasi di Pekan Gambang, Bukit Gambang Resort, Kampung Paya Bungor, Kampung Gelugor, Kampung Paya Rambutan dan Felda Gugusan Lepar Hilir.

Beliau berkata, kerja menaiktaraf ini telah bermula dan dijangka siap secara berperingkat bermula dari suku ketiga 2021 hingga suku kedua 2022.

“Kerja menaiktaraf ini melibatkan pembangunan rangkaian gentian optik yang akan menggantikan infrastruktur lama yang menggunakan kabel tembaga bagi membolehkan jalur lebar tetap berkelajuan tinggi dapat ditawarkan untuk kegunaan para pengguna sekitar.

“Diharapkan setelah selesai semua kerja penambahbaikan dilaksanakan, para pengguna sekitar dapat menikmati kualiti perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik untuk pelbagai urusan seharian,” katanya.

Pengguna juga boleh menghubungi Pejabat SKMM Negeri Pahang untuk sebarang aduan dan pertanyaan di talian 09-5154800 atau email aduan.pahang@mcmc.gov.my. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download