Polis membuat pemantau dan pemeriksaan bagi memastikan pengoperasian pusat kasino Genting Highlands ditutup sepenuhnya malam tadi.

POLIS PANTAU PENUTUPAN PUSAT KASINO DI GENTING HIGHLANDS

BENTONG, 25 MEI 2021: Polis membuat pemantau dan pemeriksaan bagi memastikan pengoperasian pusat kasino Genting Highlands ditutup sepenuhnya malam tadi.

Pemeriksaan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong yang dketuai oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Superintendan Zaiham berkata, kira-kira jam 11 malam tadi, pihaknya membuat pemantauan dan pemeriksaan bagi penutupan pengoperasian pusat kasino di Genting Highlands.

“Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan pengoperasian di pusat kasino berkenaan ditutup sepenuhnya selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau juga menyeru orang ramai agar terus patuh kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Semalam media melaporkan, Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, semua operasi membabitkan kasino di pusat peranginan Genting Highlands, akan ditutup sepenuhnya bermula tengah malam tadi. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds