YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

KERAJAAN PAHANG PERUNTUK RM7.8 JUTA BANTUAN PRIHATIN PAHANG COVID-19 SECARA BERSASAR KEPADA RAKYAT TERKESAN PKP 3.0/PKPD

KUANTAN, 24 MEI 2021: Kerajaan Pahang memperuntukkan RM7.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 secara bersasar kepada rakyat di negeri ini yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan besar yang disediakan itu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Pahang di atas kemaslahatan rakyat, apatah lagi dalam menghadapi tempoh sukar yang sedang dilalui.

Beliau berkata, peruntukan itu juga disediakan berdasarkan kemampuan kewangan Kerajaan Pahang ketika ini.

“Sepertimana inisiatif-inisiatif bantuan yang Kerajaan Negeri berikan sebelum ini, BPP COVID-19 secara bersasar yang akan diberikan kali ini masih dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan.

“Antara golongan yang akan memanfaatkannya ialah petugas barisan hadapan, penjaja harian, pemandu teksi, kes-kes COVID-19 aktif termasuk mangsa menjalani kuarantin di rumah, gelandangan, miskin tegar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berusia 80 tahun ke atas,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau juga berkata, segala persediaan sedang giat dilakukan dan beliau berharap, pengagihan sebenar BPP COVID-19 secara bersasar ini dapat dilaksanakan secepat mungkin agar penerima dapat memanfaatkannya dengan segera.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download