Penguatkuasa Jabatan Hutan Negeri Pahang membuat pemeriksaan ke atas Lori yang membawa kayu balak saiz luar biasa di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gombak arah barat. GAMBAR/FB JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG

LORI BALAK TULAR DALAM PERJALANAN DARI TERENGGANU KE SELANGOR

KUANTAN, 24 MEI 2021: Lori yang membawa kayu balak saiz luar biasa yang ditularkan di dalam sebuah akaun Facebook semalam dipercayai dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati, maklumat lori dan kayu yang dibawa bersamaan dengan yang dinyatakan dalam pas pemindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Penguatkuasa Jabatan Hutan Negeri Pahang membuat pemeriksaan ke atas Lori yang membawa kayu balak saiz luar biasa di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gombak arah barat. GAMBAR/FB JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG

Menurut kenyataan itu lagi, lori yang dilaporkan itu telah ditahan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gombak arah barat selepas mendapat maklumat mengenai isu berkenaan.

“Hasil semakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mendapati lori yang membawa muatan kayu balak itu adalah sepertimana yang diviralkan oleh akaun Facebook berkenaan.

“Difahamkan bahawa, muatan ini akan dihantar ke sebuah kilang di Selangor,” kata kenyataan itu di dalam Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, semalam.

Pas pemindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. – GAMBAR/FB JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya amat menghargai aduan yang dibuat namun berharap, agar ia disalurkan secara terus ke mana-mana jabatan atau agensi kerajaan bersesuaian termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Pahang agar tindakan lebih pantas dapat diambil.

“Jabatan ini sentiasa peka dan bertanggung jawab terhadap semua aduan yang dilaporkan bagi memastikan agar tindakan tegas dan segera diambil demi menjaga memelihara khazanah hutan negeri,” kata kenyataan itu lagi. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds