Gambar hiasan.

PKPD KUANTAN: POLIS PERKETAT SEKATAN JALAN RAYA DI SEMPADAN DAERAH

Oleh: Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 23 MEI 2021: Polis akan memperketatkan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) berkuatkuasa malam ini bagi mengawasi perjalanan keluar masuk orang ramai ke daerah Kuantan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali menegaskan, sebanyak enam sekatan jalan raya akan dilaksanakan manakala empat lorong tikus akan ditutup dengan penggunaan batu halangan (barrier) serta kawat duri bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali

“Buat masa ini tiada sekatan di kawasan taman perumahan atau kampung dibuat, akan tetapi rondaan berkala akan dilaksanakn bagi memastikan penduduk di Kuantan mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Pematuhan PKPD ini merangkumi semua sektor secara menyeluruh baik dari sektor pejabat kerajaan, swasta, industri, kilang mahupun kumpulan atau individu,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau berkata, sepanjang PKPD ini, tapisan dan kawalan akan lebih diperketatkan dan sebarang pelanggaran SOP akan diambil tindakan tegas.

“Pelaksanaan PKPD ini hanya selama dua minggu dan saya berharap masyarakat seluruhnya dapat mematuhi SOP PKPD yang telah ditetapkan sebaik mungkin tanpa mengemukakan pelbagai alasan.

“Saya juga harapkan penduduk Kuantan akan dapat memberikan kerjasama yang terbaik dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat dan membimbangkan,” katanya.

Beliau juga berharap dengan usaha semua pihak dalam memerangi jangkitan ini, turut sama berdoa memohon kepada Allah SWT agar dipelihara dan dibebaskan negeri dan negara daripada wabak COVID-19. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds