KUALA LUMPUR, 22 MEI 2021: Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang yang dijadualkan tamat pada 25 Mei 2021.
Sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 4,795 ujian saringan dan 385 individu disahkan positif COVID-19.
KKM juga mengesahkan trend kes menunjukkan penurunan dan
kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang pada 23 Mei 2021 lebih awal daripada yang dijadualkan.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara