PKPD DI TAMAN PERUMAHAN DAN PERKAMPUNGAN SEKITAR GAU, TEMERLOH

KUALA LUMPUR, 22 MEI 2021: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa peningkatan kes COVID-19 di beberapa di taman perumahan dan perkampungan sekitar Gau, Temerloh, Pahang.

Peningkatan kes melibatkan lokaliti seperti:
• Taman Gau Indah
• Taman Gau Makmur
• Taman Gau Aman
• Taman Gau Idaman
• Kampung Gau Baru

Sehingga 21 Mei 2021, KKM telah melaksanakan 432 ujian saringan di semua lokaliti tersebut dan 16 daripadanya disahkan positif COVID-19.

KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di lokaliti tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman perumahan dan perkampungan sekitar Gau, Temerloh, Pahang seperti yang dinyatakan berkuat kuasa 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download