WARGA SEMESTA RAUB, KELUARGA DIMINTA JALANI UJIAN SARINGAN COVID-19
KUANTAN, 22 MEI 2021: Semua warga Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub dan ahli keluarga diminta untuk menjalani ujian saringan COVID-19.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang menerusi kenyataan media hari ini menjelaskan, langkah itu diambil setelah jawatankuasa ini mengenalpasti terdapat penularan di sekolah tersebut.
“Berdasarkan penilaian yang dibuat, semua pelajar dan kakitangan SEMESTA Raub dan ahli keluarga dikehendaki untuk tampil menjalani ujian saringan COVID-19 secepat mungkin,” menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu juga meminta agar individu terlibat menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk temujanji bagi ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri di rumah sementara menunggu saringan.
“Kerjasama anda sangat diperlukan demi keselamatan warga Negeri Pahang,” kata kenyataan itu lagi.-PAHANGMEDIA