SEMUA MASJID DAN SURAU DI PAHANG DIMINTA ADAKAN BACAAN DOA QUNUT NAZILAH

KUANTAN, 20 MEI 2021: Semua masjid dan surau di seluruh negeri ini diminta mengadakan bacaan doa Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu secara berterusan mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz berkata, pihaknya menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang yang meminta semua masjid dan surau membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu.

“Dukacita dimaklumkan situasi semasa terkini kes jangkitan serta penularan wabak COVID-19 di Negeri Pahang dan seluruh Malaysia sedang meningkat naik ketika ini.

“Justeru semua masjid dan surau membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu secara berterusan mulai pada 20 Mei 2021,” katanya dalam satu surat kepada semua Al-Fadhil Qadhi Daerah hari ini. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds