Antara menu yang disediakan secara penghantaran oleh Hotel Grand Darul Makmur.

GRAND DARUL MAKMUR SEDIAKAN JUADAH RAYA SECARA PENGHANTARAN

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 20 MEI 2021 : Hotel Grand Darul Makmur menyediakan juadah raya secara penghantaran memandangkan ketika ini Pahang masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Hotel Grand Darul Makmur, Puan Nooradilah Abidin berkata, inisiatif pihak hotel ini adalah untuk umat Islam masih dapat kemeriahan tersebut dengan beraneka juadah lebaran yang disediakan secara pembungkusan.

Beliau berkata, lebih 100 hidangan lebaran disediakan di sepanjang PKP yang dihantar terus ke rumah atau pejabat masing-masing dengan harga berpatutan.

Menurutnya, menu yang ditawarkan adalah berbeza setiap hari antaranya adalah set nasi arab kabsah, set nasi briyani ayam merah, set nasi bokhari ayam panggang maharani, set nasi briyani gam ayam briyani masala, nasi kambing ratnasari daging briyani, hidangan manisan lebaran yang turut menyediakan beraneka jenis kek, pie ayam dan kek cawan.

“Selain itu, pada lebaran ini juga kami turut membuat penghantaran ke rumah bagi set makanan Cina dan set dimsum dan untuk makan tengahari dan makan malam.

“Kesemua hidangan ini disediakan secara penghantaran sepanjang tempoh PKP, jadi orang ramai khususnya umat Islam dapat merasakan nikmat hari raya dengan juadah lebaran yang kami sediakan meskipun dalam tempoh PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini, hari ini.

Bagi sebarang maklumat berhubung perkhidmatan penghantaran makanan boleh layari Facebook Hotel Grand Darul Makmur atau hubungi menerusi whatsapp di talian 012-6134991 – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds