Gambar hiasan

COVID-19: KUIPSAS AKAN DIJADIKAN PKRC, TEMPAT PESAKIT BERISIKO RENDAH

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 20 MEI 2021: Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS) akan dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) sekiranya PKRC Kompleks SUKPA di sini penuh.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, Encik Zairasyahli Shah Zakaria berkata, setakat ini pihak berwajib telah mempersiapkan KUIPSAS bagi menerima jumlah pesakit COVID-19 yang tidak lagi dapat ditempatkan di PKRC SUKPA.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, YBhg. Encik Zairasyahli Shah Zakaria

“Setakat ini kita telah mempersiapkan KUIPSAS bagi menampung pesakit lelaki dan wanita kerana kemudahan di situ yang sesuai untuk semua pesakit.

“Namun sekiranya PKRC KUIPSAS juga penuh, kita akan menggunakan dewan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menempatkan pesakit seterusnya yang semakin ramai,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau berkata, kapasiti pesakit COVID-19 yang ditempatkan di PKRC Kompleks SUKPA kini semakin penuh dan jumlah pesakit semakin bertambah setiap hari.

Dalam pada itu katanya, kesemua pesakit yang ditempatkan di PKRC SUKPA menempatkan pesakit lelaki manakala Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuantan menempatkan pesakit wanita dan PKRC KUIPSAS pula akan menempatkan pesakit lelaki dan wanita. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download