YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

KERAJAAN PAHANG LANJUTKAN TEMPOH BAYARAN CUKAI TANAH

KUANTAN, 19 MEI 2021: Kerajaan Pahang bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah tahun 2021 ke atas semua pemilik tanah berdaftar di Pahang, sehingga 31 Ogos depan berbanding tempoh akhir asalnya ialah pada 31 Mei ini.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat berasaskan sikap prihatin Kerajaan Pahang kepada masalah yang rakyat hadapi susulan langkah tegas Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke seluruh negara, bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

Beliau berkata, menerusi langkah tegas ini telah mengehadkan pada tahap tertentu, pergerakan dan perkhidmatan di seluruh negara sehingga mengakibatkan kerugian kepada pemilik tanah-pemilik tanah berkenaan.

“Dengan pelanjutan tempoh pembayaran ini bermakna, denda lewat 10 peratus daripada nilai cukai tanah, hanya akan dikenakan bermula 1 September,” katanya menerusi kenyataan media, di sini hari ini.

Sungguhpun begitu beliau berkata, Kerajaan Pahang sangat menghargai usaha dan komitmen pemilik tanah-pemilik tanah untuk tetap menjelaskan cukai tanah mereka dalam tempoh ditetapkan.

“Adalah diharapkan, pelanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah ini dapat memberi masa yang cukup dan sewajarnya untuk mereka menunaikan tanggungjawab bagi menjelaskan cukai tanah ini,” katanya.-PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds