Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Che Awang Ngah

20 WARGA KERJA MENARA ZENITH POSITIF COVID-19

Oleh: Shazli Sufi Che Unik

KUANTAN, 14 MEI 2021: Seramai 200 warga kerja di Menara Zenith di sini telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 20 orang didapati positif virus berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), YH. Dato’ Dr. Haji Bahari Dato’ Tok Muda Haji Che Awang Ngah berkata, jumlah keseluruhan warga kerja di Menara Zenith di sini kira-kira 400 orang.

“Buat mereka yang terlibat diminta hari ke Wisma Belia hari ini untuk buat saringan, sekiranya berada diluar kawasan kuantan diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) kuantan segera,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang hari ini.

Beliau berkata, kesemua warga kerja Menara Zenith yang terlibat diwajibkan untuk menjalani kuarantin di rumah dengan segera dan sekiranya bergejala minta hubungi PKD kuantan.

“Yang menjadi kebimbangan ialah mereka yang perlu disaring berada diluar kawasan. Memandangkan kita sedang menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maka mohon jasa baik mereka yang terlibat untuk tampil buat saringan bermula hari ini di Wisma Belia,” katanya.

Warga kerja Menara Zenith yang masih belum menjalani saringan COVID-19 diminta menghubungi PKD Kuantan untuk tujuan saringan tersebut di talian 09-5659213 atau melalui aplikasi WhatApp 019-9274429. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds