Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menyampaikan sumbangan Kerajaan Pahang kepada seorang penerima.
140 MUALAF TERMASUK 8 PENGGERAK ORANG ASLI DI BEBAR TERIMA SUMBANGAN
Oleh: Mahathir Ali
KUANTAN, 8 MEI 2021: Seramai 140 Mualaf dari lapan buah kampung termasuk lapan lapan orang Penggerak masyarakat Orang Asli dalam Dewan Negeri Bebar hari ini menerima sumbangan duit dan kuih raya.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga Ahli Dewan Negeri Bebar.
YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, golongan Mualaf tidak pernah dilupakan sama sekali malah setiap tahun sejak 2013, beliau sentiasa mengambil berat dan meraikan mereka lebih-lebih lagi di bulan Ramadan serta menjelang Aidilfitri ini.
“Sumbangan ini membuktikan Kerajaan Pahang ditunjangi UMNO pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan YB Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Najib Tun Razak sentiasa mengambil berat menjaga hak golongan Mualaf.
“Kita berkewajipan membantu dan membimbing golongan Mualaf dengan sebaik mungkin dan sepenuh hati. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang dan YB Ahli Parlimen Pekan yang tidak putus-putus membantu rakyat,” katanya di sini hari ini.
Pada majlis itu juga, turut menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Pahang bagi program membersih dan keceriaan kampung Orang Asli termasuk sumbangan cek untuk membaik pulih tiga buah rumah golongan Mualaf Orang Asli.
Kesemua sumbangan ini berjumlah RM42,000termasuk sumbangan dari YB Ahli Parlimen Pekan, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Pekan dan sumbangan peribadi beliau.
Katanya lagi, beliau turut turun padang mengadakan Ziarah Kasih Ramadan bertemu beberapa penduduk warga emas yang ditimpa penyakit di Kampung Padang Buluh, Kampung Permatang Pauh dan Kampung Padang Polo di sini.
Seramai 140 Mualaf dari lapan buah kampung termasuk lapan lapan orang Penggerak masyarakat Orang Asli dalam Dewan Negeri Bebar menerima sumbangan duit dan kuih raya.
“Saya mendengar dan mengambil maklum setiap perkara yang disampaikan oleh mereka. Saya juga dapat menyampaikan sumbangan kewangan dan barang makanan kepada mereka termasuk duit raya untuk kanak-kanak.
“Sebagai seorang pemimpin, saya mempunyai tanggungjawab yang besar memikul amanah dan tugas diberikan demi membela dan membantu rakyat serta memartabatkan Islam.
“Dengan segala kudrat dan keupayaan yang ada, InsyaAllah, saya akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Marilah kita terus menjaga muafakat dan perpaduan diantara kita serta saling menghargai,” katanya. – PAHANGMEDIA