Mock Cek Peruntukan Geran Rukun Tetangga Negeri Pahang Tahun 2021 daripada Kementerian Perpaduan yang diserahkan oleh Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Dato’ Sri Tee Lian Ker kepada YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

PKP: JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN – MB

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

KUANTAN, 7 MEI 2021 : Orang ramai khususnya penduduk daerah Kuantan diminta supaya tidak mempercayai penyebaran pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang mengatakan bahawa daerah ini akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok sehingga 22 Mei ini.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, khabar angin tersebut boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk di Kuantan sedangkan kerajaan masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung hal berkenaan.

YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Jangan percaya khabar angin atau mesej yang tersebar itu kerana maklumat tersebut tidak sah dan kerajaan juga tidak membuat sebarang pengumuman rasmi lagi, tunggu pengumuman daripada kerajaan.

“Sekiranya berlaku trend peningkatan terhadap kes jangkitan COVID-19 di Pahang, satu keputusan akan dibuat dan Kerajaan Negeri akan mencadangkan tindakan sewajarnya kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada Program Bubur Lambuk Perpaduan di Perkarangan Masjid Al-Mukminin, PPRS Pinggiran Putra 3, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Dato’ Sri Tee Lian Ker, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Pahang, YH Dato’ Sri Ab. Hamid Nazahar, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), YH Dato’ Hamdan Hussin dan Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah.

Sehingga tengahari tadi, sebanyak 78 kes baharu direkodkan di negeri ini dengan daerah Kuantan, Bentong dan Raub masih dikategorikan sebagai zon merah.

Pada majlis itu juga turut disampaikan Mock Cek Peruntukan Geran Rukun Tetangga Negeri Pahang Tahun 2021 daripada Kementerian Perpaduan yang diserahkan oleh Dato’ Sri Tee Lian Ker kepada Dato’ Sri Haji Wan Rosdy.

Turut disampaikan ialah sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM23,000 kepada tujuh pesakit kronik bagi Parlimen Kuantan. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds