KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada CIMB Islamic berjumlah RM500,000 di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Kuantan hari ini.
KUTIPAN ZAKAT DI PAHANG MENINGKAT RM10.1 JUTA
Oleh : Mohammad Shazli Sufi bin Che Unik Foto : Putera Faliq Hakim Suhairi
KUANTAN, 5 MEI 2021: Prestasi kutipan zakat di Pahang menunjukkan peningkatan sebanyak RM10.1 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, kesan pertambahan bilangan pembayar zakat sebanyak 5,591 orang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sehingga 30 April 2021, seramai 76,990 pembayar zakat harta telah membayar zakat berjumlah RM44.2 juta berbanding tahun lalu.
KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada Maybank Islamic berjumlah RM342,857.85 di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Kuantan hari ini.
“Penyumbang terbesar zakat adalah daripada potongan gaji sebanyak RM25.4 juta dan sumbangan daripada zakat wang simpanan RM9.3 juta,” baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan media sempena Majlis Serahan Zakat di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Sehubungan itu, PKZ Pahang menjangkakan akan berjaya mencapai sasaran kutipan bagi 2021 iaitu sebanyak RM170 juta dan pembayar seramai 97,000.
Baginda selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah, MUIP menyasarkan kutipan wakaf pada tahun 2021 adalah sebanyak RM5 juta.
“Bermula tahun ini, PKZ dipertanggungjawabkan menerima bayaran wakaf dan 13 kaunter zakat baru bermula pada ramadan ini selain terdapat promosi pemotongan gaji giat dijalankan melalui portal wakaf di PKZ,” titah baginda.
KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Dalam pada itu, di Istana Abdulaziz telah berlangsung Majlis Serahan Zakat Perniagaan daripada badan-badan korporat iaitu CIMB Islamic Bank Berhad dengan serahan zakat perniagaan berjumlah RM500,000; Bank Islam Malaysia Berhad (RM350,000), Maybank Islamic Berhad (RM342,857) dan Maybank Investment Bank Berhad (RM285,000). – PAHANGMEDIA