YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada guru takmir, penyelia takmir dan penyelia Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang kepada Guru-guru Takmir, Penyelia Takmir dan Penyelia KAFA Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

475 GURU, PENYELIA TAKMIR DAN PENYELIA KAFA TERIMA RM500

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Muhammad Muslimi Abd Razak

KUANTAN, 4 MEI 2021: Seramai 475 guru takmir, penyelia takmir dan penyelia Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) sebanyak RM500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM237,500.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, secara keseluruhan kesemua BPP berjumlah RM56 juta itu diberikan secara berperingkat mengikut keperluan rakyat.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

“Kesemua bantuan diberikan sama ada bantuan ketika COVID-19, bencana seperti banjir, bantuan kepada pelajar dan guru takmir, imam-imam masjid diagihkan secara berperingkat bagi membantu mereka meringankan beban terutama dalam situasi sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang kepada Guru-guru Takmir, Penyelia Takmir dan Penyelia KAFA Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Barisan EXCO Kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH Dato’ Dr Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sangat komited membantu rakyat tanpa menunggu rakyat meminta.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan kepada guru takmir, penyelia takmir dan penyelia Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang kepada Guru-guru Takmir, Penyelia Takmir dan Penyelia KAFA Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

“Kerajaan Pahang sentiasa memikirkan apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat dan kita tidak hanya menunggu rakyat meminta sebaliknya kerajaan akan mencari keperluan rakyat untuk disalurkan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai khususnya di kawasan terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) agar patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan arahan kerajaan dari semasa ke semasa bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds