YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri Kepada Peserta Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuala Lipis.

BANTUAN KEPADA RAKYAT DITERUSKAN JIKA KESTABILAN POLITIK PAHANG KEKAL

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUALA LIPIS, 01 MEI 2021: Bantuan kepada rakyat di negeri ini akan diteruskan pada masa hadapan sekiranya kestabilan politik di negeri ini berkekalan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan ini akan diteruskan dengan syarat ada memberi keuntungan kepada semua pihak.

“Bantuan ini hanya diberi bila organisasi tersebut atau anak syarikat ada keuntungan baru kita bagi balik kepada peserta. Sebab itu saya katakan tadi kita kena uruskan dengan baik. Untuk uruskan dengan baik kena wujudkan kestabilan politik.

“Ini semua secara logiklah, kita semua dapat tengok, bila negara tak ada kestabilan politik, yang jadi mangsa, masyarakat. Tapi kita di Pahang, sebab kita ada kestabilan politik, rakyat untung, semua orang untung,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri Kepada Peserta Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuala Lipis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri Kepada Peserta Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi PKPP, YH. Dato’ Suhaimi Mohd Yunus; Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lipis, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Ahli Dewan Negeri (ADN), YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin; ADN Padang Tengku, YB. Dato’ Mustapa Haji Long; ADN Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong; dan Pegawai Daerah Lipis, YH. Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim.

Mengulas mengenai bantuan pada masa akan datang daripada Kerajaan Negeri kepada orang muda di negeri ini, beliau berkata, Kerajaan Pahang akan memikirkan perkara berkenaan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail Lipis

Sehubungan itu, beliau berkata, bantuan Hari Raya Aidilfitri oleh PKPP ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM312,000 keseluruhannya.

“Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) telah menyumbangkan bantuan hari raya sebanyak RM700 seorang kepada 900 lebih peserta.

“Semoga bantuan ini akan dapat membantu peserta-peserta dalam persiapan menyambut lebaran tidak lama lagi. Berbelanjalah dengan berhemah dan paling mustahak, sentiasa menjaga SOP dalam membasmi wabak pandemik COVID-19,” katanya. -PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

This will close in 0 seconds